100 hari kepimpinan muhyiddin Yassin

Assalamualaikum



Hari ini genaplah 100 hari pemerintahan Tan Sri Muhyiddin Yassin (TSMY). kita lihat 3 bulan ini, pancaroba yang penuh liku liku bagi pemimpin ini. Dari sudut ekonomi dan juga politik, kiri kanan depan belakang semua tidak stabil. Semua terlalu rapuh untuk menjadi titian pemerintahan TSMY meneraju negara kita.

Dari sehari ke sehari, permulaan dari pemerintahan awal minggu yang diselangi oleh laungan " Backdoor government" , "Siapa Muhyiddin???", dan juga super ring yang tidak ketinggalan, perjalanan TSMY memang di lihat tidak pernah aman. Serangan demi serangan dari Tun Mahathir dan juga barisan Pakatan Harapan yang lain, dan juga di pandang rendah oleh sahabat politik dari blok Pakatan Nasional (PN), rakyat bersangka awal yang perjalanan TSMY mungkin terlalu pendek. Rakyat memang sebahagian besar tidak menerima TSMY menjadi PM ke 8 Malaysia ketika itu.

Namun, apabila bermulanya pandemik covid 19 yang menyerang Malaysia secara meluas, pendekatan Muhyiddin yang bersifat down to earth dan juga tegas sedikit demi sedikit merubah pandangan rakyat terhadap beliau. Rakyat melihat perjalanan pentadbiran kerajaan yang lebih teratur dalam manangani wabak ini. Suara menteri juga dilihat lebih teratur bila mana hanya mereka yang tertentu sahaja membuat kenyataan di TV. Penyampaian informasi juga lebih jelas dan mudah di faham rakyat.

Kita lihat penampilan TSMY di TV yang di lihat mempunyai karektar sebagai seorang bapa dan sering di panggil 'Tok Abah". Kita itu salah satu sebab TMSY mula diterima rakyat. Boleh di katakan strategi TMSY berjaya dalam mengurus rakyat di tambah dengan sokongan padu dari Yang Di-Pertuan Agong yang memberi sokongan kepercayaan penuh terhadap beliau dan langkah-langkah yang diambil kerajaan pimpinan TSMY sekarang.

Sekarang ini, tempoh covid 19 sudah di dalam peringkat pemulihan, dan juga permulaan untuk menjana ekonomi. Ini juga adalah salah satu langkah yang di tunggu oleh rakay setelah TSMY berjaya dalam langkah membenteras wabak covid 19.

Untuk TSMY, jaringan politik beliau masih rapuh, tidak ade perikatan yang kuat, inilah perjalan politik. Kalau di namakan politik, susah untuk mencari sesuatu yang di ucapkan ahli politik adalah sejajar dengan wacananya, perjuangan. kebanyakkan lalang, pencari peluang, penghasut, kaki tikam belakang. Tak semua tapi ramai yang begitu.
SHARE

milanetworks

Laman Web ini adalah untuk muhyiddin Yassin.

  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
    Blogger Comment

0 comments:

Post a Comment