Takdir Muhyiddin Yassin

Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menerima keputusan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang menggugurkannya daripada senarai baru Kabinet dengan hati yang terbuka.
Menurutnya, sepanjang berkhidmat sebagai Timbalan Perdana Menteri bermula 10 April 2009, beliau mendokong semua dasar kerajaan dan menyokong kepimpinan Perdana Menteri.
Katanya, beliau juga telah  terlibat secara langsung dalam pembuatan dasar-dasar kerajaan dan melaksanakan tugas-tugas yang dipertanggungjawabkan dengan penuh amanah.
“Kecuali dalam isu 1MDB (1Malaysia Development Berhad), saya mempunyai prinsip dan pendirian saya sendiri dalam mempertahankan hak rakyat, nama baik parti dan kepentingan negara.
“Jika kerana pendirian saya dalam isu ini menyebabkan saya digugurkan daripada Kabinet maka saya redha,” katanya dalam satu kenyataan yang dimuat naik di laman Facebook miliknya, hari ini.
Muhyiddin berkata, beliau menghormati kuasa prerogatif Perdana Menteri untuk melantik dan menggugurkan mana-mana anggota Kabinet.Malah, katanya, sebagai Timbalan Presiden Umno, beliau akan setia kepada perjuangan parti.
Pada masa sama, beliau berjanji akan terus melaksanakan amanah yang telah dipertanggungjawabkan dan mencurahkan khidmat bakti demi memperkukuhkan parti serta mengembalikan keyakinan orang Melayu dan rakyat kepada UMNO.
SHARE

milanetworks

Laman Web ini adalah untuk muhyiddin Yassin.

  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
    Blogger Comment

0 comments:

Post a Comment